- Aku tengah mentelaah sebuah buku ini bertajuk in praise of KUTA from slave port to fishing village to the most popular resort in Bali by Hugh Mabbett .ada satu diari yang cool dari this surfer dude frm Australia. Dick Bent dia telah merekodkan diari Kuta Holiday frm May 6 1983- May 29 1983.Gempak bro.Layan
Setiap hari mamat surfer ini merekodkan jadual cuti di kuta yang setiap detail itu telah menjadi satu cerita yang menarik dan every little thing is magic.Memang depa ni handal mengupas dan meromantikkan keadaan kerana setiap detik dan moment itu ada makna tersendiri.Diari ni membuatkan aku bergitu kusyuk membaca buku ini dan terbang sampai ke bali naik air asia.Alangkah bagusnya kalau setiap buku kalkulus yang aku study dulu mempunyai feel yg sama mcm baca diari ni.
Dulu aku pon suka menulis diari ni dalam buku tiga lima.tapi lama-lama habit ni aku tinggalkan kerna muncul teknologi baru Internet.namun kemalasan tahap gaban membuatkan skill menulis cerpen ini pudar seperti aku terlupa membeli majalah Gila-gila.Kadang2 memang susah untuk kita mengeksperisikan diri .Hanya Tuhan saja yg tahu apa dalam hati dan perasaan kita pada masa itu.
Sekian terima kasih.
Moga dapatku Mencari Ombak Sempurna