18.10.10

ketapang



Terminalia catappa.the old world tropics (country almond).rumah ketapang di pantai chenang langkawi.

Pokok ketapang memang sesuai di buatkan tempat berteduh kerana ranting dan dahan yang rendang dan daun yang lebar.Tumbuh disekitar tepi pantai.Dahan dan ranting serupa pagoda.Buah ketapang berwarna merah dan rasa macam kacang almond.Di Polynesia batang ketapang dibuat canoe,daun ketapang kering kalau direndam dalam aquarium boleh menambah jangkahayat ikan itu.

Di jendela mutiara pula pokok ketapang merupakan tempat favorite kami untuk pekena mee goreng mamak atau mee rebus.entah apakah resepi atau rahsia mee dibawah pokok ketapang adalah lebih sedap dan menyelerakan dan rasa nya out of this world.Lokasi terletak dkt jalan air itam menuju ke bukit bendera.warung mee ini bersebelahan dgn sport toto dan depan kedai kopi cina.Bila cerita pokok ketapang aku teringat kampung aku di jelutong dimana pokok ketapang merupakan tempat kami menumbuk punching bag .disinilah kami melepaskan geram dan melepak bermain guli.Rasanya susah lani nak jumpa pokok ketapang didalam bandar kecuali nasi kandar ketapang kt Hutton Lane.

The dying leaves turn to a briliant scarlet

5 comments:

dieya said...

tak pernah kenal pun pokok ketapang tu camne. close up sikit boleh? takut salah pokok. nampak pokok kelapa jek yg jelas dan nyata.

el isman said...

saudari kalau nak kenal pokok ketapang kenala mai penang kerana pokok ni malu dan tumbuh dikawasan pesisiran pantai.hehehehnanti saya upload ketapang dgn buah skali.thanks

PatinPasta said...

Mamu,
Uish.. gerun nak lalu tepi Mamu, kot Mamu punching punching macam bag. :D

Buah ketapang kiranya makan gitu ja ka? Ka buleh campuq dalam lauk ka apa?

el isman said...

aida

lama tak nampak berjalan sakan dah jumpa cincin tu ka?

Buah ketapang boleh dimakan macam kacang .sedap woo.masa kanak-kanak riang dulu manalah tau kacang chap tangan.so kami kutip la kat tepi laut buat junk food.kacang ni kalau letak atas eskrem hagen dazz layann.

PatinPasta said...

Mamu,

Eskem Hagen Dazz ja ka? Eskem Walls ke.. Magnolia ke, tak buleh? :D

* dah jumpa cincin, nanti saya tunjuk na..
* lama tak nampak sbb dok basuh kain baju..