28.9.08

Cinta Ramadan


Ramadan meninggalkan daku,syawal bakal menjelma.
Andai dipisah lagu dan irama,lemah tiada bejiwa hampa.

Jadi apakah amalanku berkualiti dari tahun yang lalu atau sama sahaja?
Sebelum terlambat kena banyak beribadat,berdoa,membaca al-quran,
berzikir,bersedeqah,zakat dan membantu orang yang susah,bermaafan
dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Semakin dekat dengan penghujung Ramadan semakin rindu dan sayang.
Mungkin ini Ramadan terakhir dalam hayat hidup kita?

Ya Allah,terimalah amalan kami yang tidak sepertinya pada Ramadan kali ini.

Hambamu yang lemah.Ampuni dosa-dosa kami,dosa ibu bapa kami,
ahli keluarga kami dan muslimin muslimat dimana saja mereka berada.

Bersihkan hati kami,bersihkan jiwa kami, Ya Allah Kau rahmatilah hidup kami
dan selamatkan kami dari api nerakaMu di akhirat kelak.

Dari sahabat mu khas untuk pelayar laman blog Jendela Mutiara.
Hanya kiriman doa dan ingatan tulus iklas.
Ku pohon ampun maaf.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

thanks kassim selamat for the inspiration

jangan kata nak tukar nama,
nak tukaq apa pon mamak bagi,
janji cheq solat sudah.

2 comments:

wantaktau said...

Ya Allah,Makbulkan doa kami ini supaya kami sentiasa bersedia untuk bertemuMu,Amin Ya Rahman Ya Rahim.

Pakcik Botak said...

amin....ya rabbal alamin