18.2.09

Oskar09



Selamat Hari Jadi Manusia.

Pernahkah kita terbayangkan hidup kita kembali ke alam kanak2.Memang susah nak imagin benda macam ni.Dari tua kembali ke bayi.Tapi memang jelas dan nyata bahawa kita akan kembali ke alam barzakh.Melalui observasi penulis memang kita akan pulang ke asal kita.

Sinopsis cereta pendek dari F. Scott Fitzgerald(1921).The Curious Case of Benjamin Button.

Benjamin dilahirkan pada November 11, 1918 dengan keadaan fizikal seperti orang tua umur 80 tahun.Oleh kerana tidak dapat menerima kenyaatan itu bapanya ini seorang Tauke Kilang Butang kematian isteri semasa melahirkan Benjamin meletakkan beliau diatas tangga disebuah rumah orang tua,yang di usahakan oleh sepasang suami isteri yang belum mendapat anak.Semua ini tercatat dalam diari,foto dan poskad yang dibaca oleh cucu kepada neneknye di katil hospital sewaktu cuaca ribut di tahun2005.

Hubungan akrab dan asam garam kehidupan ini dikongsi oleh penghuni rumah orang tua kepada Benjamin membuatkan dia matang tetapi sebenarnya dalam jiwa dia masih lagi mentah dan curios selalu.Banyak persahabatan dan kematian dari berbagai rupa penghuni rumah orang tua yang dirasai beliau membuat kematian itu nampak natural.Dalam pada itu dia berkenalan dengan seorang gadis sebaya umur yang selalu melawat neneknya.Jatuh cinta pandang pertama berlaku.Hinggalah Benjamin menjadi dewasa dan membuat keputusan untuk mengembara menjadi pelaut dan menempuh Perang Dunia ke 2 .Masa berlalu dan beliau meniti usia yang kembali dalam bentuk biologi fizikal seperti orang muda.Pada suatu hari pada tahun 2002 Daisy marka lama Benjamin menerima panggilan telefon.Polis menjumpai seorang budak lelaki yang sakit dementia itu nyanyuk .Hanya alamat,nama dan no telepon di diary menjadi releven pada masa itu.Akhirnya Benjamin mati pada tahun 2003 dalam pangkuan Daisy sebagai bayi dan hanya pandangan bayi itu kenal akan hubungan cinta mereka.

Sebuah epik drama cinta yang membuat kita terbayang kehidupan penulis yang meniti usia tua ini.Life is short.Satu plot bersifat humaniti dan berbentuk reverse engineering.Jam biologi berubah seperti mata hari terbit dari arah barat dan terbenam di ufuk timur.Prediksi filem yang ada impak ditahun2009.Filem kita wajah kita.

Tahniah Tan Sri Senator atas anugerah itu.

2 comments:

madbosco said...

ahaks... pengkritik pelem...

bawak budak2 layan geng upin & ipin,...

el isman said...

wow best gak upin & ipin