28.9.08

Cinta Ramadan


Ramadan meninggalkan daku,syawal bakal menjelma.
Andai dipisah lagu dan irama,lemah tiada bejiwa hampa.

Jadi apakah amalanku berkualiti dari tahun yang lalu atau sama sahaja?
Sebelum terlambat kena banyak beribadat,berdoa,membaca al-quran,
berzikir,bersedeqah,zakat dan membantu orang yang susah,bermaafan
dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Semakin dekat dengan penghujung Ramadan semakin rindu dan sayang.
Mungkin ini Ramadan terakhir dalam hayat hidup kita?

Ya Allah,terimalah amalan kami yang tidak sepertinya pada Ramadan kali ini.

Hambamu yang lemah.Ampuni dosa-dosa kami,dosa ibu bapa kami,
ahli keluarga kami dan muslimin muslimat dimana saja mereka berada.

Bersihkan hati kami,bersihkan jiwa kami, Ya Allah Kau rahmatilah hidup kami
dan selamatkan kami dari api nerakaMu di akhirat kelak.

Dari sahabat mu khas untuk pelayar laman blog Jendela Mutiara.
Hanya kiriman doa dan ingatan tulus iklas.
Ku pohon ampun maaf.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

thanks kassim selamat for the inspiration

jangan kata nak tukar nama,
nak tukaq apa pon mamak bagi,
janji cheq solat sudah.

25.9.08

Ke Taman Asia 1943


Ke Taman Asia

Jauh ke sana mata memandang
hanya lautan luas terbentang
riak beralun ombak gelombang
silih berganti jelang menjelang

Suria terbenam meninggalkan kesan
langit kuning kemerahan
kelana termenung berhati rawan
memandang burung pulang sekawan

Ombak memecah memukul tepian
menyintakkan beta dalam renungan
bayu berhembus menyampaikan pesan
pulanglah tuan menjenguk taman

Dimana kembang beraneka warna
harum semerbak wangi baunya
dimana terserak kelopak sakura
itulah Taman Asia Rumaja

Ke sana baluan beta tujukan
hasrat menyunting kembang pilihan
kembang ciptaan segala angkatan
muda remaja jangan ketinggalan

oleh Thaharuddin Ahmad. Semangat Asia, May 1943

Al Faatihah buat Tokyah,Papa dan Didi
MAAF ZAHIR BATIN 08

akan ku peluk erat memori kita

23.9.08

NASIQUE LEMUNI /DALCHA -LENSA PAPADOM


Dingdong (berlatarbelakangkan lagu scary)Jam kol 12.30 tgh .Perut cheq dah mainkan lagu keronchong .Hari-hari keje.buka aje mato ni.kojakojakoja.nama saya labu.saya orang gaji haji bakhil.membasuh,mengemas rumah,memasak,cuci baju,cuci periok blanga,curi rumah kecik blakang sana,semua saya.pendek kata slagi tak tutup mata.zzzzzzzzz.nak cari kayu,nak cari kayu,nak cari nasiq kandaq kayu.... (nasi dalcha Tmn Tun Sardon sodap wooow.thnks fit aku ketagih lani).

Hmmm lagi 6 hari bulan ramadhan ni yang penuh dengan keberkatan,kesyukuran dan keinsafan.Baru lani cheq sedaq yang kita harus merasakan kepayahan dan penderitaan orang yang miskin.depa takdak makan dan tiada kos melepas.jadi pendek kata jangan lah kita terlalu mengkritik makanan.sifat ego dan bongkak yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat mencerminkan pemikiran pengkritik yang ketandusan idea.,gersang kott.kebebasan telah disalahguna.Kan lebih baik hantaq YB dok kat Rwanda,Tanzania atau negara go head go stan.baru jadi setan.Dalam news aku nampak baguih punya kerusi massage dlm bilik.mcm ni ka nak jadi pemimpin berjiwa rakyat.Kerusi empok aircond,bilik luas,macam mana hang nak perjuang nasib labu labi mcm kami ni..podahhh,hutang nasik lemak 2 kupang pon blm bayaq.

p/s poverty is the worst form of violence-mahatma ghandi




21.9.08

Business Law-TUAN SADIQ SEGARAGA vs ISMETH ULAM RAJA





Semalam lepaih aku pi rope walk aku teringat suatu ketika atau masa-masa indah.Qasidah cinta.Iaitu tv hitam putih.Dok aku ronda celah celah kampung cuih lepaih bau ayaq acaq sungai pinang aku nampak sebuah rumah kecil.Maka bermula lah satu Hikayat seeribu satu malam,Nujum Pak Belalang,Labu Labi,3Abdul.From Penang to Singapore with love.Lahirlah seniman agung yang di pooja sehingga kini.Tabik spring .Setiap karya itu terdapat metafora atau trend setter yang avantgarde.Marvelous betoi kepala otak nya boleh di buat batu cincin.Sesungguhnya tiada pengantinya.mcm lagu dan irama tak dapat di pisahkan.sIVAJI THE BOSSS pun tak boleh celen.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Sadiq Segaraga: Anakanda Abdul Wahub, ayahanda mintak maaf, anakanda tak boleh kawen dengan anak ayahanda, sebab kedudukan anakanda tak setaraf dengan ayahanda....Abdul Wahub: Haaaaa... ayahanda jangan pandang anakanda tak ada mata, anakanda lebih kaya dari ayahanda, lebih kaya dari Abdul Wahab, dan lebih kaya dari Abdul Wahibb..... Kalau ayahanda tak percaya, ini buktinya......!Sadiq Segaraga: Hah...!? Harta Ismeth di luar negeri...?! Cairo, Saudi Arabia, Afghanistan, Tehran, Pakistan, Tanjung Rambutan, Go Head Gostan, dekat mana tu...?Abdul Wahub: Dekat-dekat dengan negeri Setan...!Sadiq Segaraga: Negeri Setan pun Ismeth ada harta...! Kaya, kaya... kaya.....!
Haji
Mau minum apa tuan ?
Majistret Labi
aa… jin and tonic..
Haji
tuan ?
Dr. Labu
aaa… iblis tonic…
Haji
iblis tonic mana ada tuan
Dr. Labu
a .. aa.. give me .. satan and tonic…
Haji
satan lagi tak ada tuan..
Dr. Labu
then .. give me Haji Bakhil and tonic.. get outt…

19.9.08

Awat AKU Cencarut Friday im In LOVE.the CURE



Goblog betoi .Arghhh tensionnye ari ni.Apa kata kita naik parachute kat ataih ni.Bukan apa buka tv asyik ceta negatif aje.Tula yang palatnnya.Saham merudum wall street parah,politik suxx,bail out sana-sini,lanun serang kapal MISC,bunuh,culik 16 sept?.Duhhhh.Kadang-kadang aku rasa ada spin doktor dok tengah putaq belit ceta.kamjat punya woarang.Ini di panggil terra incognita.a place where no one expected to visit.Mai kita layan saluran ceria.Tomtom bak otak hang aznil...

Hidup pesti diteruskan dengan positif thinking.semalam aku ushar love guru.ceta pon mcm aram jadah.apalah holiwood slack betoi.Malam ni aku ada date dengan sivaji the boss.hahahhaa lagi best layan ceta hindu.Baru ada style.anak muda mesti berani bukan dok dikampung jaa(dari jemapoh ke manchestee).dok tangkap ayam,main mercun buluh,atau pon dok pelekat dam.Baru hidup boleh sampai 113 tahun mcm di selatan Kyushu jepun Tomoji Tanabe dilahirkan Sept 18,1895.Bagero betoi mcm mana rentua ni boleh hidup sampai 113 thn.Aku rasa dia ni tak tengok Tebee kot.so tak raplah jingga.(The former city land surveyor, who lives with his son and daughter-in-law, is in good health and sticks to the habits that have gotten him this far. He rises early and reads the newspaper each day, drinks milk every afternoon and eats regular meals. He also avoids alcohol and does not smoke.) bagiuh betoi Nihon jin ni.syabas inspektah sahab.Pengajaran moral Jadilah mcm ikan carp jepun ni.relax ja..hahahahah

7.9.08

Kita Insan Biasa


Alhamdullilah.Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semalam sebelum aku masuk tido.aku terbuka tv dan terlihat satu permandangan yang indah dan satu fenomena yang tidak dapat di ucapkan dengan kata-kata.Berjuta umat manusia tertumpu disatu sudut di atas muka bumi ini.Mekah.untuk mengerjakan terawih.Fenomena sungguh terharu dan indah dan semua umat manusia adalah sama sahaja.Dan aku pun terbaca satu artikel dari seorang saudara baru yang dipaparkan dibawah.Semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

An American in MakkahThe Hajj experience of convert Michael Wolfe

I am a Muslim. I revere the same God as my Christian mother and my Jewish father. Allah is simply the Arabic word for the God of Abraham, Moses and Jesus. I find the absence of priests and rabbis attractive. Islam means acknowledging the oneness of God, surrendering to it, cooperating with the way things are. Being a Muslim, God is as near as the veins in my neck. During the Hajj each year, millions of faithful come to Mecca. The men and women wear simple lengths of unstitched cloth. The garments are a symbol. The person who wears them agrees not to harm plants and animals or fellow pilgrims. No arguments, no violence. We agree to keep the peace. The garments are a great leveler too. Who can tell rich from poor? Millions Descend on Mecca Here I join people from all over the earth, all these human beings drawn together by the call of an idea, by the oneness of God. We have left daily life behind and come to a place hardly belonging to this world, a place filled by the almost tangible presence of God. To preserve its sanctity and protect pilgrims, the sacred territory around Mecca is forbidden to all but Muslims. It lies hidden in the mountains of Saudi Arabia 50 miles from the Red Sea, a modern city of 1.2 million people. To walk around the block in Mecca is to walk around the world. I step out the door and for 15 yards, I’m in Indonesia. Down the street past a couple of stores and it’s Africa. Pakistan is just around the corner and then I’m in Bangladesh. A vast majority of the world’s one billion Muslims—80 percent—now live outside the Middle East. There are more than five million in the United States.

Muslims Perform Sacred Duties The duties of the Hajj are symbolic of the story and obligations of Islam. Before prayer, Muslims wash, representing ritual purity. The walk around the Ka’ba—the black stone block in the great mosque—is an expression of our desire to put God at the center of our lives. Pilgrims also make a journey to Mina and to the plain of Arafat, 13 miles outside of Mecca. Making our way on foot, we trade city streets and buildings for tents and carpets on the sand of the barren plain, giving up our usual comforts, getting back to basics. On the plain of Arafat, we perform the central obligation of the pilgrimage, to be here together from noon until sunset. There is no ceremony. We stroll, we pray, we meditate. The Hajj goes on inside the hearts and thoughts of each of us. This is a rehearsal for that day of judgment. How will we account for our acts? Have I injured anyone? Have I been grateful enough for the simple gifts of life, water, food, friends, family and the air I breath? Before leaving Mecca, we visit the Ka’ba one last time. For most of us, this will be our last glimpse of the shrine. There is an old proverb—before you visit Mecca, it beckons you. When you leave it behind, it calls you forever.
Insyallah.

1.9.08

CINTA KOLESTROL-LENSA PAPAROTI

Salam Ramadan Al Mubarak.Hari ini adalah hari kedua kita berpuasa.Hatta dalam benak fikiran kita hanyalah makan dan minum.Puasa ditafsirkan menahan diri dari lapar dan dahaga,juga hawa nafsu.Namun kita hanyalah insan biasa.hehehehe.Oleh itu mari kita terjah Nasik Kandaque yang sempoi di sebelah Georgetown.Tapi untuk buka posa sebelah petang la Labuuu.
Pilihlah yang mana satu pilihan kolbu.Tapi jangan kena tangkap sudah nanti naik keta jenazah FOC keliling KOMTAR.

  • Kassim Mustafa famos dgn Nasi Dalcha Ayam Negro.


  • Hotel Merlin Daging,Sotong Bendi,ayam.


  • Line Clear,Macam-macam ada.Old Tie yg dok mixx kari suara mcm Method Man.


  • Paparoti,Lewis Hamilton kalau beran mai la race.cucok nanti hang kena.


  • Ni favorite aku pagi-pagi.Ikan,teloq bendi. Sebelah dia chapati kuah daging terangkat beb.