5.7.09

gerek

gerek cool above the canal


kalau aku tentu susah nak identify my gerek at parking bay


Apa kabaq orang kampung.memang kita bertuah sebab kita semua pernah bawa basikal waktu kita kecil dengan meronda satu kampung.Sempena dengan tour the france yang baru mula ni izinkan saya berceloteh mengenai 2 wheel good 4 wheel suxx.hehehe gerek beb.caya samalu

Hangpa jangan taktau aku mai dari jelutong semua area aku redah tembok taik,bukit dumbar,balik pulau,paya terubong,high chappraral(kampung pala) pon aku sampai. semua aku dah jelajah.Macam lance armsttrong pon ada cuma belum jumpa sponsor lagi.hehehhe.So dipetang ahad ni aku nak bercerita pasail basikal kat amsterdam.Memang trend depa naik basikal cool kalau kena dengan gaya oll skool flava.Mcm uncle aku kata dekat lebuh aceh ada kedai basikal antik yang jual basikal raleigh dengan harga 3 ribu rm.wow pakcik kaya.aku cuma mampu beli basikal rekon dari jepun dgn rega rm 200 aje.berbaloi wooo ini champion punya takleh jual.

Kat sana kira tak sah kalau hangpa tak sewa basikal sebab jalan disana flatland bukan mcm kat malaysia negara ku yang indah permai,banyak bukit bukau dan juga panorama yang indah.Disini sewa nye dalam 10 euro boleh dapat basikal kaler kuning,biru dan ada juga basikal tua kaler hitam.Memang syok naik basikal tapi risikonye tinggi sebab basikal itu boleh hilang dari pandangan mata kerna banyak penyangak yang akan mencilok basikal anda.Jaga-jaga.Jalan dia pon slack sikit sebab tar dia bukan macam kat sini keraih kedeingkang dan blok besaq besaq macam jalan kat masjid kapitan keling tuu.Lagi satu drawback dia adalah laluan tram yang simpang siur ntah kot mana tram tu akan mai hangpa pon tak tau kalau nasib tak baik tayar tu boleh sangkut kot rail besi tram lagi naya.Tapi kat dalam town dia memang basikal yang jadi KING.Orang pakai skema bertali leher dan berkot pon naik basikal.memang cool.Tapi aku rasa kat amsterdam tourist aja naik basikal kot sebab ada keta mahal-mahal berkeliaran cuma parking dia agak mahal.pernah sekali tu minah mat salleh bayar dalam 26 euro dalam machine tu.Cuba hangpa x5 tengok siapa yang kena>26x5=lebih rm100 tuu.Itulah pasal depa naik basikal sebab parking free tapi beware jgn dok parking tak tentu hala sila haribulan basikal itu boleh kena saman dan kena sita.Aku sendiri pon tak berani menanggung risiko ini baik aku jalan kaki saja lagi sempoi dan free.

Oklah selamat berbasikal dipetang yang indah ini.Majulah sukan untuk negara dari bilik berita sukan anda.hehehehe jangan marah nanti kena jual.

2 comments:

fithri said...

i want to ride my basikal..i want to ride my bike..beatles..

el isman said...

gerek lu bro.steady maila sini international skimboarding competition..hehehe