30.6.09

amsterdam

Bila hangpa keluaq saja airport terjengoi benda ni depan pintu.hehehehe

Setelah 13 jam dalam Airbus aku pon sampai ketempat ni.Jam menunjukkan pukul 7 am dan sejuknye sampai ketulang.Begini rupanye negara omputeh maklumlah aku orang kampung.Nasib baik aku bawa jaket jeans ali setan tu hehehehe.Line clear

Apa finding yang aku buat adalah disini lah segala jenis manusia tak kira kulit origin,hitam,putih,kuning,coklat dan hijau pon ada,yang penting kita orang malaysia.macam ayat susan mat salleh celup tu.Depa pernah jajah kita dulu tapi lani aku rasa kita orang asia lebih kaya dari depa.Makanan murah,cost of living kecik.Nak berak kencing pon kena duit 4 cent euro.Ceeh yang jaga jamban pon ada.dok buat kedekut nak bagi tisu.

Terasa aku ni macam sikodok dibawah tempurung.Baru keluar lihat dunia.Tapi aku rasa bangga sikit sebab kita ni lain dari depa sebab culture kita yang sensitif dan toleransi yang tinggi.Kita buat deek je.Janji hang jangan kacau aku sudah.Lantak hang lah yang bisa bonar dapat aku makan nasi sudah.A hungry man is an angry man.Ushar apa sat aku makan hang.

Jam menunjukkan jam 10.30 malam tapi hari masih cerah lagi dan matahari dok ada.Magik betoi rupanya siang depa panjang jam 5 pagi matahari terbit dan terbenam dalam kol 10.30 mlm.Bolehlah aku ronda sampai esok.hehehehe sesungguhnya esok masih ada.Poi pokan,naik basikal tongah hari tongah paneh.Apa nak dikato.Nak jadi cikgu skolah kat kuala pilah.


23.6.09

last kopek


Hujan emas di negera orang hujan batu di negeri sendiri.

Achtung baby,kalau OD durian,boleh sakit kerongkong.demam.

Seblum aku nak calo.aku lepaih gian dulu kat dusun durian balik pulau.MAna nak dapat benda macam ni kat sana.Ada durian,moktan dan manggis.heaven betoi.Aku akan rindu nasi kandaq berataoq,teh tarik,nasi ayam,laksa.makan-makan makan lagi.

Mohon ampun dan maaf.halalkan makan dan minum aku.Amin

Arivadechi Malasee

18.6.09

penjajah durjana



The first fleet, four Portuguese ships from Malacca, arrived in 1513. Batzaush had been conquered by Alfonso d'Albuquerque in 1511 when the Portuguese were looking for spices and especially pepper.

In 1595, Amsterdam merchants had set up an expedition to be sent to the Indonesia archipelago. Under the command of Cornelis de Houtman, the expedition arrived in Banten in 1596. The goods it brought back to the Netherlands only produced a modest profit to the merchants who had set up the expedition.


Semalam sepetang bersama nenek di buaian aku berbicara dengan beliau tentang zaman penjajah Belanda di Batavia.Nenek sekarang berumur 88 tahun tapi ingatan beliau amat menakjubkan.Sejarah telah banyak mengajar kita tapi masih kita belum mengkajinya.Aku masih teringat waktu aku di PFS dulu cikgu sejarah aku asyik berbicara tentang Prinsip Jusoli dan Divide andRule.Semalam aku interview nenek kerana begitu penting kita ikut susur galur supaya kita tidak akan menjadi kacang yang lupakan kulit.Beliau berkata dulu rakyat susah nak tengok duit rupiah pon jakun.Nenek aku adalah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah dengan gaji yang kecil.PAda masa itu nenek aku berumur 20 tahun tapi jasanya amat besar mendidik anak bangsanya di sekolah agama dan mengajar bahasa arab.Di kampung nenek ku tiada kemudahan asas dan taraf ekonominya hanya bergantung pada padi,cengkih,kopi dan segala kaya khazanah alam.Semuanya di ambil oleh Belanda dan dibawa pulang ke Eropah.Rakyat susah dan banyak yang dibeli oleh Belanda.Mereka menguasai ekonomi.Bukannya ramai orang mat salleh di kampung nenek aku tapi mereka begitu bijak dan berpengaruh.Mereka pun takut juga kepda rakyat tempatan.Tapi ramai yang menjadi tali barut penjajah.Itulah sebab kita dijajah.Bukan kerna kita ramai kita maju tapi kerna perpecahan,(PHD perangai hasad dengki, cetek ilmu dan ekonomi kita dijajah.Rakyat juga menjadi sengsara.

Maghrib pon berbunyi maka sesi aku bersama nenek terhenti kerna masa mencemburui kami.Tapi jiwa ku masih bergelora dan rebel without a cause.Aku masih bertanya?Kita masih buta dan alpa,kan bunda masih belum terdaya.

In 1613, prince Rangsang became king of Mataram in Central Java. The following year, he attacked the principality of Surabaya in the east. The man who would be remembered as Sultan Agung had started a series of successful campaigns against rival kingdoms and principalities on Java. In 1625, in addition to Central Java, Mataram was in control of central and eastern parts of the island's northern coast, called the Pasisir. Now Agung wanted to take on Banten and Batavia.

Agung launched a first offensive on Batavia in 1628. Having suffered heavy losses, he had to retreat. he launched a second offensive in 1629. The Dutch fleet destroyed his supplies and his ships in the harbours of Cirebon and Tegal. Mataram troops, starving and decimated by illness, had to retreat again.

However, Agung pursued his conquering ambitions to the east. He attacked Blitar, PanarukanBlambangan principality in Java's eastern salient, a vassal of the Balinese kingdom of Gelgel. Agung died in 1646. His son succeeded him under the title of Susuhunan Amangkurat.

14.6.09

mee udang

Mee udang paling spesial kat Mutiara ni.terletak kat Pulau Aman.Udang ada sepuluh ekor.

Lokasi strategik diatas laut kita makan.Boleh tengok ikan dok menari.

Selamat pagi saudara saudari dimana saja kamu semua berada.Sebelum kita mulakan kerja mari kita menjenguk kedapoq mamu.Walaupon cuaca berjerebu.Perut jangan berjerebu sudah.Life is short so make it sweet.macam ceta dalam bucket list.Be nice and make other ppls happy.Salam perjuangan mengikut kata dialog Morgan Freeman masa atas piramid Giza tu.Malaikat akan bertanya 2 soalan kat kita. bagaimana kehidupan kita di muka bumi ini.do u enjoy it?Dan satu soalan lagi apakah amalan kita masa kita hidup?Renung renungkan lah.Aku pon dok tengah buat bucket list.hehehe

10.6.09

rock

All roads lead to Rome; but our antagonists think we should choose different paths
-LA FONTAINE
  • Kepala aku menjadi batu bagaikan sitanggan dan tangkupan perahu.Sedangkan hati menjadi batu inikan manusia.
Atas nasihat pembantu khas SUSK PM, bendehara tun laksamana aku pon dok plan nak buat blog pasai syoru.Baru la masyuk.dok blog ceta tak tentu hala pon tak guna.Macam batu kat feringgi saja.Thank you for your support. DAM here come tunggu aku mai.packing ja belom.

4.6.09

mansion biru




Cheong Fatt Tze Mansion
is located at 14 Leith Street. The mansion's indigo-blue outer wall makes it a very distinct building in the area.


Memang lama aku tidak berjalan didalam kota.Tapi Georgetown kota yang punya jiwa.setiap bangunan dan arkitek itu mempunya cerita macam dalam davinci code.Tak perlu kita ke Colosseum Italy cukup sajalah ke Fort Cornwallis sudah memadai.Apek lanca akan cerita dengan penuh tawa.hahahhaha.Mansion biru akan bercerita.Musim cuti sekolah kembali lagi.

Hari ini cuaca cerah dan panas sekitar 32 darjah celsius.Langit juga biru seolah melambai kearahku dan mood aku ceria.Lama juga aku tidak melontar kata diatas blog atau jurnal hidupku ini.Kadang kala kita malas berbicara seperti hubungan di alam siber ini.Hanya keyboard ini pembuka kata dan pengerat silaturrahim.Ntah ada orang yang suka atau mengejek kita hanya Tuhan saja yang tahu.


Aku bukan lah tukang karut yang pandai bercerita atau media yang pandai spin propaganda.aku adalah pengemar seni dan pencinta alam.Dan itu bukan penyebab untuk aku melawan arus dan menentang carta organisasi yang ada.Blog ini aku yang punya dan apa saja adalah penghubung minda.Orang di kelilingku menganggap aku gila kerna ketawa sorang .Lantak depalah.
Janji rock

2.6.09

pulau aman 11

Jangan terkezut jika anda terjumpa rusa disini. depa jinak dan baik hati.

Pengambaraan kami telah jumpa dengan telaga emas tapi kami masih lagi begini tak kaya kaya juga.yang kaya adalah depa yang telah menjajah kita waktu zaman imperialisme lagi.